+905015915190  
 nasaruddin.nawi@gmail.com

Masjid Çinili dan Kisah Tragis Kösem Sultan

Tersembunyi di kawasan Üsküdar, Majid Çinili atau Çinili Camii berdiri sebagai salah satu warisan paling penting yang dikaitkan dengan Kösem Sultan. Masjid ini dibina pada tahun 1640 sebagai sebahagian daripada kompleks kebajikan yang merangkumi madrasah, hammam, dan dapur awam.

Masjid ini dibina ketika Kösem Sultan berada di puncak pengaruh politiknya sebagai Valide Sultan kepada Sultan Murad IV dan kemudian Sultan Ibrahim. Pada ketika itu, beliau bukan sekadar ibu kepada sultan tetapi antara individu paling berkuasa dalam empayar.

Nama ‘Çinili’ sendiri bermaksud ‘berjubin’, merujuk kepada jubin Iznik berwarna biru dan hijau yang menghiasi bahagian dalam masjid. Jubin-jubin ini mencerminkan kehalusan seni Uthmaniyah pada abad ke-17, walaupun zaman tersebut sebenarnya dipenuhi pergolakan politik dan perebutan kuasa dalam istana.

Berbeza dengan masjid-masjid lain yang dibina oleh sultan-sultan lelaki untuk meraikan kemenangan ketenteraan, Masjid Çinili lebih mencerminkan pendekatan wanita diraja Uthmaniyah terhadap kuasa. Kösem Sultan menggunakan projek seperti ini untuk membina hubungan dengan rakyat biasa melalui kebajikan, pendidikan, dan bantuan sosial.

Namun ketika masjid ini berdiri megah di Üsküdar, kehidupan Kösem Sultan sendiri semakin dipenuhi ancaman politik. Konflik antara beliau dan Turhan Sultan akhirnya membawa kepada perebutan kuasa yang dramatik dalam istana Uthmaniyah.

Hanya beberapa tahun selepas pembinaan masjid ini, Kösem Sultan dibunuh di Istana Topkapı pada tahun 1651, menandakan berakhirnya salah satu era paling berpengaruh dalam sejarah wanita Uthmaniyah.

Hari ini, Masjid Çinili bukan sekadar tempat ibadah tetapi juga sebuah jambatan sejarah yang menghubungkan Istanbul moden dengan kisah Kösem Sultan dan kemuncak ‘Sultanate of Women‘. Di sebalik jubin-jubin indah dan suasana tenang masjid ini, tersimpan memori tentang seorang wanita yang pernah memegang kuasa besar dalam Empayar Uthmaniyah.

Sokong Aku di Anatolia dari serendah RM5.00

Setiap sumbangan anda membantu saya menampung kos perjalanan, lawatan ke tapak sejarah, tiket masuk muzium, serta masa yang diluangkan untuk membaca, meneliti, dan menulis setiap artikel dengan lebih mendalam dan bertanggungjawab.

Penulisan ini bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi usaha untuk memahami tempat, berjalan di lokasinya, dan menyampaikan sejarahnya dengan jujur dari Anatolia. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong saya dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah:

RM5 / RM10 / RM50 / RM100
Terima kasih atas sokongan anda.
Ia benar-benar memberi makna dan semangat untuk saya terus menulis.
Related Post;
Kadar Sewa Rumah di Istanbul Mengikut Kawasan

Kadar Sewa Rumah di Istanbul Mengikut Kawasan

Berapa sebenarnya kadar sewa rumah di Istanbul? Jawapannya bergantung kepada lokasi, saiz rumah, usia bangunan dan fasiliti yang ditawarkan. Secara umumnya, semakin hampir sesebuah kediaman dengan pusat bandar atau stesen…
Read more

Kadar Sewa Rumah di Istanbul Mengikut Kawasan

Berapa sebenarnya kadar sewa rumah di Istanbul? Jawapannya bergantung kepada lokasi, saiz rumah, usia bangunan dan fasiliti yang ditawarkan. Secara umumnya, semakin hampir sesebuah kediaman dengan pusat bandar atau stesen…
Read more

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED