+905015915190  
 nasaruddin.nawi@gmail.com
Home > Turkiye Moden > Seni & Budaya

Perayaan Nowruz di Istanbul

Pagi tadi, saya tiba di Stesen Yenikapı dengan pemandangan yang luar biasa. Sebaik pintu metro terbuka, suasana terus terasa berbeza. Laluan pejalan kaki yang biasanya sibuk menjadi semakin penuh dengan orang yang berjalan tergesa-gesa. Tambahan lagi pengangkutan awam diberi percuma selama tiga hari sempena sambutan Bayram (Hari Raya).

Sekumpulan orang berjalan beramai-ramai, ada yang menyanyi, ada yang membawa bendera, dan ramai yang berpakaian tradisional dengan warna merah, hijau, dan kuning. Kain beralun-alun setiap kali mereka bergerak, seperti satu perarakan yang spontan tetapi penuh makna.

Di tengah laluan, vendor berdiri menjual selendang berwarna-warni, laluan metro berubah menjadi bazar kecil. Ada yang menjual terus di dalam tren. Saya melihat seorang wanita memegang beberapa helai shawl, menawarkan kepada penumpang yang masih cuba memahami apa yang sedang berlaku.

Hari ini bukan hari biasa. Hari ini adalah Nowruz.

Nowruz, yang bermaksud ‘hari baru’, menandakan kedatangan musim bunga. Ia berakar lebih 3,000 tahun lalu, jauh sebelum Islam, dalam tradisi Zoroastrian di wilayah Parsi kuno. Ia bukan sekadar perayaan, tetapi simbol kelahiran semula, cahaya selepas kegelapan, dan harapan baharu selepas musim sejuk yang panjang.

Apabila empayar berkembang, begitu juga Nowruz.

Dari Parsi, ia merentasi Asia Tengah, Kaukasus, hingga ke Anatolia. Di tanah Anatolia hari ini, pelbagai tamadun datang dan pergi, tetapi tradisi ini tetap bertahan, berubah bentuk mengikut masyarakat yang menghidupkannya.

Bagi masyarakat Kurdish di Türkiye, Nowruz mempunyai makna yang lebih mendalam. Ia bukan hanya tentang musim bunga, tetapi juga tentang identiti, sejarah, dan kebebasan. Salah satu simbol dominan dalam perayaan ini adalah api. 

Orang ramai akan berkumpul, menyalakan unggun, dan melompat melintasinya, satu ritual lama yang bagi mereka bermaksud meninggalkan kesusahan dan memulakan kehidupan baru.

Namun di sebalik warna dan suasana yang meriah ini, Nowruz di Türkiye juga tidak pernah sepenuhnya bebas daripada kontroversi. Dalam beberapa dekad lalu, perayaan ini sering dikaitkan dengan ideologi politik, terutamanya dalam konteks identiti Kurdish. Ada tahun-tahun di mana perhimpunan dikawal ketat, permit diwajibkan, dan kehadiran polis sangat ramai. 

Bagi sesetengah pihak, ia adalah perayaan budaya dan tradisi. Bagi yang lain pula, ia membawa mesej yang lebih besar. Ketegangan ini menjadikan suasana Nowruz di Istanbul unik, di mana kegembiraan dan sensitiviti wujud dalam ruang yang sama.

Orang yang lalu-lalang mungkin tidak semuanya menyambut Nowruz. Ada yang hanya ingin ke tempat kerja, ada yang sekadar ingin melawat keluarga dan kenalan sempena bayram. Tetapi hari ini, mereka semua termasuk saya menjadi saksi tradisi tersebut.

Sokong Aku di Anatolia dari serendah RM5.00

Setiap sumbangan anda membantu saya menampung kos perjalanan, lawatan ke tapak sejarah, tiket masuk muzium, serta masa yang diluangkan untuk membaca, meneliti, dan menulis setiap artikel dengan lebih mendalam dan bertanggungjawab.

Penulisan ini bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi usaha untuk memahami tempat, berjalan di lokasinya, dan menyampaikan sejarahnya dengan jujur dari Anatolia. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong saya dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah:

RM5 / RM10 / RM50 / RM100
Terima kasih atas sokongan anda.
Ia benar-benar memberi makna dan semangat untuk saya terus menulis.
Related Post;

Herodotus: Bapa Sejarah dari Halicarnassus

Di sebuah kota pesisir di Anatolia yang dikenali sebagai Halicarnassus (sekarang Bodrum), lahir seorang tokoh yang mengubah cara manusia memahami masa lalu.  Herodotus, yang hidup pada abad ke-5 SM, dikenali…
Read more

Herodotus: Bapa Sejarah dari Halicarnassus

Di sebuah kota pesisir di Anatolia yang dikenali sebagai Halicarnassus (sekarang Bodrum), lahir seorang tokoh yang mengubah cara manusia memahami masa lalu.  Herodotus, yang hidup pada abad ke-5 SM, dikenali…
Read more

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED