+905015915190  
 nasaruddin.nawi@gmail.com

Istanbul Darul Scammer (Part 1: Teksi)

Tulisan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri tinggal di Istanbul, dan juga perkongsian orang lain yang bercuti ke sana. Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang akan ke sana nanti.

Part 1: Scam Teksi

Ini scam yang paling famous. Bukan semua driver teksi di istanbul scammer, cuma majoriti memang tamak haloba. Untuk makluman, caj permulaan untuk teksi di Istanbul bermula dengan harga 175TL (maknanya, naik je terus ada caj ni). Lepas tu harga akan berubah macam teksi lain, bergantung kepada jarak dan trafik. Berikut taktik yang mereka gunakan untuk tipu passenger.

Taktik pertama:

Menggunakan laluan yang jauh dengan alasan nak elak jem. Trafik di Istanbul tak adalah teruk sangat, dia ada peak hour jugak. Ditambah lagi dengan tourist yang ramai sepanjang tahun, jalan memang sentiasa sesak. Saya selalu cadangkan customer saya untuk gunakan tram dan metro sahaja untuk jalan-jalan di Istanbul.

Nak ke Taksim dari Sultanahmet contohnya, naik tram turun di Kabataş, lepastu ambik fünikuler ke Taksim. Total cost pergi balik dalam 200 lira sahaja.

Kalau naik teksi dari Kabataş ke Taksim, perjalanan 5 minit sahaja tapi ada yang kena caj 500 TL. Ataupun driver guna laluan jauh boleh naik jadi 1000 TL.

Tetapi jika memang perlukan teksi juga (contohnya kena tukar hotel last minit dan luggage banyak) saya cadangkan gunakan apps Bitaksi. Dalam apps tu kita boleh masukkan destinasi dan ia akan tunjuk anggaran harga untuk trip tersebut.

Dan bila masuk teksi, gunakan Google Maps untuk pastikan driver ikut laluan yang betul. Bayaran menggunakan cash lira sahaja. Driver yang menggunakan Bitaksi selalunya jenis yang jujur, saya tak pernah ada bad experience.

Ada yang cadangkan naik uber, ini pun boleh. Tapi pastikan buat online payment menggunakan kad kredit dahulu, jangan bagi cash kepada driver. Kalau driver minta extra cash, jangan bagi, cakap kita dah bayar pakai apps. Sekiranya driver masukkan amount yang tinggi, kita boleh complaint dengan Uber, dan mereka akan bagi refund.

Taktik kedua:

Drive minta bayaran dalam Dollar atau Euro, atau minta tengok wallet. Bila sampai di destinasi, driver akan mintak bayaran mahal yang tak masuk akal, harga tertera 500TL dia minta 2000TL. Biasanya tourist yang innocent dia akan cakap duit lira tak cukup, dan buka dompet tunjuk kepada driver. “Nah saya ada 1000 TL sahaja.” Kalau ada dollar atau euro dalam dompet tu, driver akan prefer currency tersebut. Pernah ada kes dalam wallet customer tu ada USD600, semua kena pau.

Kalau jadi macam ni, ambik nombor plat teksi tersebut dan terus report kepada polis. Kalau ada kenalan yang boleh bercakap Bahasa Turki, hubungi mereka.

Elakkan bawa duit cash Dollar dan Euro dalam amount yang banyak, atau jangan bawa langsung. Majoriti kedai di Istanbul terima bayaran menggunakan debit kad, kredit kad atau Wise.

Saya akan kongsikan taktik scam lain dalam part seterusnya.

TL;DR – Elakkan guna teksi di Istanbul, beli Istanbulkart dan jalan-jalan naik public transport sahaja. Jika terpaksa, gunakan apps Bitaksi dan Uber.

Related Post;

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED