+905015915190  
 nasaruddin.nawi@gmail.com

Jejak Kristian Awal di Antakya

Perjalanan saya ke Antakya bermula dari Istanbul. Penerbangan mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit. Saya mendarat di Hatay Airport dan memandu lagi sekitar 40 minit untuk ke sebuah bandar yang kelihatan sederhana, tetapi menyimpan peranan besar dalam sejarah awal Kristian.

Di lereng Habib-i Neccar Dağı, terdapat sebuah gua yang dikenali hari ini sebagai Church of St. Peter. Ia bukan bangunan besar. Tiada kubah tinggi atau hiasan mewah. Hanya sebuah ruang sederhana yang dipahat ke batu. Namun di sinilah, kepercayaan yang sebelum ini tersebar dari mulut ke mulut mula membentuk identitinya.

Selepas ketiadaan Jesus Christ, para pengikutnya berdepan satu persoalan besar. Bagaimana ajaran itu dapat diteruskan tanpa kehadiran guru mereka. Sebahagian kekal di Jerusalem, manakala yang lain bergerak keluar, sama ada kerana tekanan, penganiayaan, atau peluang untuk menyampaikan ajaran ke bandar-bandar Rom yang lebih terbuka. Antioch (Antakya) menjadi antara tempat terawal di mana peralihan ini berlaku.

Antioch pada abad pertama merupakan sebuah bandar kosmopolitan Empayar Rom. Pedagang Rom, masyarakat Yunani, komuniti Yahudi, dan pendatang dari pelbagai wilayah hidup bersebelahan.

Dalam kepelbagaian inilah, ajaran Jesus Christ mula wujud sebagai sebuah komuniti yang berdikari, tidak lagi terikat sepenuhnya kepada satu kumpulan etnik atau satu lokasi suci.

Di Antioch, para pengikut Jesus Christ tidak lagi dilihat sekadar sebagai sebahagian daripada komuniti Yahudi. Mereka juga belum menjadi sebuah agama rasmi. Mereka hanyalah sekumpulan kecil manusia yang berkongsi cara hidup, doa, dan kepercayaan yang berbeza daripada masyarakat sekeliling.

Di sinilah, menurut catatan sejarah, mereka buat pertama kali dipanggil Kristian. Nama itu bukan lahir daripada mereka sendiri, tetapi diberikan oleh masyarakat sekeliling yang cuba memahami siapa mereka.

Peter dipercayai pernah menyampaikan ajaran di sini. Bukan di dewan besar atau ruang terbuka, tetapi di tempat-tempat sederhana, dari rumah ke rumah, dan dalam pertemuan kecil yang bersifat peribadi. Church of St. Peter mencerminkan zaman awal Kristian, ketika kepercayaan mereka masih belum dilindungi oleh kuasa politik dan kewujudannya diperhatikan dengan penuh curiga.

Apa yang menjadikan Antioch penting bukanlah saiz gerejanya, tetapi peranannya sebagai titik perubahan. Di sinilah Kristian mula dikenali sebagai satu komuniti tersendiri. Ia belum bersembunyi di bawah tanah dan belum membina struktur perlindungan. Ia masih hidup terbuka, kecil, dan rapuh di tengah Empayar Rom.

Nota: Dalam artikel saya berkenaan Kristianiti, Nabi Isa akan dirujuk sebagai Jesus Christ, selaras dengan istilah yang lebih biasa digunakan dalam konteks sejarah dan tradisi Kristian. Begitu juga kita Injib akan ditulis sebagai Bible.

Sokong Aku di Anatolia dari serendah RM5.00

Setiap sumbangan anda membantu saya menampung kos perjalanan, lawatan ke tapak sejarah, tiket masuk muzium, serta masa yang diluangkan untuk membaca, meneliti, dan menulis setiap artikel dengan lebih mendalam dan bertanggungjawab.

Penulisan ini bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi usaha untuk memahami tempat, berjalan di lokasinya, dan menyampaikan sejarahnya dengan jujur dari Anatolia. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong saya dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah:

RM5 / RM10 / RM50 / RM100
Terima kasih atas sokongan anda.
Ia benar-benar memberi makna dan semangat untuk saya terus menulis.
Related Post;

Gelombang Ahli Akademik Yahudi ke Türkiye

Pada tahun 1933, Albert Einstein menulis sepucuk surat kepada kerajaan Türkiye, merayu agar ahli akademik Yahudi yang diusir dari Jerman diberi perlindungan. Ketika itu, rejim Adolf Hitler sedang membersihkan universiti…
Read more

Gelombang Ahli Akademik Yahudi ke Türkiye

Pada tahun 1933, Albert Einstein menulis sepucuk surat kepada kerajaan Türkiye, merayu agar ahli akademik Yahudi yang diusir dari Jerman diberi perlindungan. Ketika itu, rejim Adolf Hitler sedang membersihkan universiti…
Read more

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED