+60198815190  
 akudianatolia@gmail.com
Home > Empayar > Parsi

Inkripsi Behistun: Catatan Agung Empayar Parsi

Inkripsi Behistun terletak di lereng Gunung Behistun, berhampiran bandar Kermanshah di barat Iran. Lokasinya berada di tepi laluan perdagangan purba yang menghubungkan Mesopotamia dengan tanah tinggi Iran.

Inkripsi ini berukuran kira kira 15 meter tinggi dan 25 meter lebar, menjadikannya antara ukiran batu terbesar dari dunia purba. Ia dipahat kira kira 100 meter dari aras tanah pada permukaan batu kapur yang curam. Kedudukan yang sukar dicapai itu menyebabkan inkripsi ini kekal terpelihara selama lebih dua ribu tahun.

Inkripsi ini dihasilkan atas arahan Darius I (Raja ke-3 Empayar Parsi) sekitar tahun 520 SM. Tujuannya adalah untuk menceritakan bagaimana baginda berjaya merampas semula takhta selepas kematian Cambyses II (Raja ke-2 dan anak kepada Cyrus the Great).

Catatan ini berfungsi sebagai pengisytiharan rasmi bahawa pemerintahannya mendapat restu daripada Ahura Mazda dan merupakan pemerintah yang sah. Di bahagian tengah ukiran, Darius I digambarkan berdiri dengan penuh megah sambil mengangkat tangan sebagai tanda penghormatan kepada Tuhan.

Di hadapannya kelihatan sembilan orang musuh yang telah ditewaskan dengan tangan diikat dan menunggu hukuman. Seorang lagi individu terbaring di bawah kaki Darius, melambangkan kemenangan baginda ke atas pesaing utama yang menuntut takhta.

Salah satu keistimewaan Inkripsi Behistun ialah kandungannya ditulis dalam tiga bahasa, iaitu Parsi Purba, Elam, dan Babylon, semuanya menggunakan cuneiform.

Pada tahun 1835, seorang pegawai tentera British bernama Henry Rawlinson tiba di kawasan tersebut ketika bertugas di Parsi. Beliau tertarik melihat ukiran besar di lereng gunung tetapi menyedari tiada siapa mampu membacanya.

Dengan menggunakan tali dan memanjat tebing yang hampir menegak, Rawlinson menyalin setiap baris tulisan sedikit demi sedikit. Kerja itu mengambil masa bertahun-tahun sebelum beliau akhirnya berjaya mentafsir salah satu bahasa yang digunakan.

Tanpa Inkripsi Behistun, mungkin kita masih belum mampu membaca ribuan tablet tanah liat yang ditemui di Mesopotamia. Penemuan ini membuka jalan kepada para sejarawan untuk memahami sejarah Sumeria, Babylon, Assyria dan juga Empayar Parsi melalui sumber asal yang ditulis lebih dua ribu tahun lalu.

Sokong Aku di Anatolia dari serendah RM5.00

Setiap sumbangan anda membantu saya menampung kos perjalanan, lawatan ke tapak sejarah, tiket masuk muzium, serta masa yang diluangkan untuk membaca, meneliti, dan menulis setiap artikel dengan lebih mendalam dan bertanggungjawab.

Penulisan ini bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi usaha untuk memahami tempat, berjalan di lokasinya, dan menyampaikan sejarahnya dengan jujur dari Anatolia. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong saya dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah:

RM5 / RM10 / RM50 / RM100
Terima kasih atas sokongan anda.
Ia benar-benar memberi makna dan semangat untuk saya terus menulis.
Related Post;
Ashur: Kota Kelahiran Bangsa Assyria

Ashur: Kota Kelahiran Bangsa Assyria

Di tebing barat Sungai Tigris di utara Iraq terletaknya Ashur, sebuah kota purba yang menjadi tempat lahir bangsa Assyria. Nama kota ini diambil daripada Ashur, dewa utama yang disembah oleh…
Read more

Ashur: Kota Kelahiran Bangsa Assyria

Di tebing barat Sungai Tigris di utara Iraq terletaknya Ashur, sebuah kota purba yang menjadi tempat lahir bangsa Assyria. Nama kota ini diambil daripada Ashur, dewa utama yang disembah oleh…
Read more

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED