+905015915190  
 nasaruddin.nawi@gmail.com
Home > Turkiye Moden > Seni & Budaya

Musim Bunga di Istanbul

Selepas tiga hari hujan tanpa henti di Istanbul sehingga memaksa banyak penerbangan dibatalkan di Sabiha Gökçen International Airport, musim bunga akhirnya tiba di Istanbul.

Ada satu ungkapan dalam bahasa Turki yang sering disebut ketika musim ini tiba, 

‘Kış ne kadar uzun olursa olsun, bahar mutlaka gelir.’ 

Maksudnya, tidak kira selama mana musim sejuk, musim bunga pasti akan datang.

Semalam saya berjalan di Kadıköy, terasa udara yang masih sejuk sekitar 10 hingga 15 darjah, tetapi lebih hangat daripada sebelumnya. Bandar ini mula hidup semula.

Pemandangan di sepanjang jalan mula berubah apabila kafe-kafe mula membuka tingkap dan meja kembali diletakkan di luar. Orang ramai duduk lebih lama, perbualan menggantikan kesunyian musim sejuk.

Saya duduk menikmati secawan kopi, membiarkan masa berlalu dengan tenang. Cawan hangat di tangan, perbualan mengalir tanpa arah yang tergesa. Tiada siapa yang terburu-buru untuk bangun. Musim bunga mengajak kita untuk duduk berbual lebih lama.

Saya terus berjalan, melihat Kadıköy seperti pentas terbuka. Gaya berpakaian kembali ranggi, bebas dan berwarna selepas musim yang sejuk yang suram. Cara orang berjalan, cara mereka membawa diri, kembali ceria. Ia terasa santai tetapi penuh karakter.

Di seluruh Istanbul, bunga tulip mula berkembang dan membawa warna ke taman-taman dan sepanjang jalan. Kawasan seperti Emirgan Park dan Gülhane Park akan menjadi tumpuan pelawat untuk bergambar dan beriadah bersama keluarga.

Biji debunga juga mula tersebar di udara, menyebabkan ada yang bersin tanpa henti atau mata terasa gatal ketika berjalan. Sesekali kelihatan orang mengelap hidung atau membawa tisu ke mana-mana. 

Di pasar dan kedai buah, musim bunga membawa hasil yang hanya muncul pada waktu ini. Buah plum hijau (erik), strawberi (çilek), dan loquat (yenidünya) mula memenuhi bakul. Penjual menyusunnya dengan teratur mengikut warna, menarik perhatian sesiapa yang lalu. Ia menjadi satu lagi tanda bahawa musim telah benar-benar berubah.

Apabila hari semakin petang, saya menuju ke kawasan jeti di Moda. Langit perlahan berubah menjadi warna keemasan dan ungu lembut yang memantul di permukaan laut. Orang ramai duduk menikmati pemandangan dengan tenang.

Sokong Aku di Anatolia dari serendah RM5.00

Setiap sumbangan anda membantu saya menampung kos perjalanan, lawatan ke tapak sejarah, tiket masuk muzium, serta masa yang diluangkan untuk membaca, meneliti, dan menulis setiap artikel dengan lebih mendalam dan bertanggungjawab.

Penulisan ini bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi usaha untuk memahami tempat, berjalan di lokasinya, dan menyampaikan sejarahnya dengan jujur dari Anatolia. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong saya dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah:

RM5 / RM10 / RM50 / RM100
Terima kasih atas sokongan anda.
Ia benar-benar memberi makna dan semangat untuk saya terus menulis.
Related Post;

Perayaan Nowruz di Istanbul

Pagi tadi, saya tiba di Stesen Yenikapı dengan pemandangan yang luar biasa. Sebaik pintu metro terbuka, suasana terus terasa berbeza. Laluan pejalan kaki yang biasanya sibuk menjadi semakin penuh dengan…
Read more

Perayaan Nowruz di Istanbul

Pagi tadi, saya tiba di Stesen Yenikapı dengan pemandangan yang luar biasa. Sebaik pintu metro terbuka, suasana terus terasa berbeza. Laluan pejalan kaki yang biasanya sibuk menjadi semakin penuh dengan…
Read more

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED