+905015915190  
 nasaruddin.nawi@gmail.com

Undang-Undang No. 7452 dan Realiti Baharu Perumahan di Istanbul Selepas Gempa Bumi 2023

Sejak dua tahun lepas, saya semakin kerap melihat bangunan lama di sekitar Istanbul dirobohkan satu demi satu. Kawasan yang dahulu penuh dengan apartment usang kini bertukar menjadi tapak pembinaan yang sibuk. Bunyi jentera berat dan debu menjadi sebahagian daripada pemandangan harian.

Perubahan ini berlaku bukan hanya di kawasan lama seperti Fatih, tetapi hampir di seluruh Istanbul seperti Kadıköy, Şişli, Zeytinburnu dan lain-lain. Ia memberi gambaran bahawa satu transformasi besar sedang berlaku di hadapan mata saya.

Sebenarnya pembinaan semula ini tidak dapat dipisahkan dengan gempa bumi besar pada tahun 2023, yang mengorbankan ribuan nyawa dan memusnahkan banyak bangunan. Ramai terkejut melihat betapa mudahnya sesetengah bangunan runtuh, walaupun baru sahaja dibina.

Perkara ini mencetuskan kontroversi besar berkaitan kualiti pembinaan dan penguatkuasaan peraturan sebelum ini. Perbincangan tentang rasuah, kurangnya pemantauan, dan kegagalan penguatkuasaan mula menjadi topik hangat di seluruh Türkiye.

Sebagai respons, kerajaan memperkenalkan beberapa langkah baharu, termasuk Undang-Undang No. 7452. Undang-undang ini memberi kuasa khas untuk mempercepatkan proses perobohan dan pembinaan semula di kawasan berisiko. Ia juga mengurangkan halangan birokrasi supaya projek dapat dimulakan dengan lebih cepat.

Namun, satu persoalan penting timbul apabila sesebuah bangunan dirobohkan, apakah nasib penyewa atau pemilik yang tinggal di dalamnya?

Dalam banyak kes, pemilik rumah mungkin menerima pampasan atau ditawarkan unit baharu selepas pembinaan selesai.

Tetapi bagi penyewa, situasinya agak kabur dan kadangkala lebih mencabar. Ada yang perlu mencari tempat tinggal sementara dengan kos sendiri. Walaupun terdapat bantuan tertentu, ia bergantung kepada projek dan kawasan masing-masing.

Dianggarkan lebih daripada 1.5 juta bangunan dikenal pasti berisiko gempa di Istanbul, dengan ratusan ribu daripadanya dikategorikan sebagai berisiko tinggi. Setakat ini, puluhan ribu bangunan telah dirobohkan dan digantikan dengan struktur baharu yang lebih selamat.

Proses ini masih berjalan dan akan terus memberi kesan kepada jutaan penduduk di Istanbul dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Lebih banyak bangunan dijangka akan dirobohkan, manakala projek baharu akan terus dilancarkan secara berperingkat.

Sokong Aku di Anatolia dari serendah RM5.00

Setiap sumbangan anda membantu saya menampung kos perjalanan, lawatan ke tapak sejarah, tiket masuk muzium, serta masa yang diluangkan untuk membaca, meneliti, dan menulis setiap artikel dengan lebih mendalam dan bertanggungjawab.

Penulisan ini bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi usaha untuk memahami tempat, berjalan di lokasinya, dan menyampaikan sejarahnya dengan jujur dari Anatolia. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong saya dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah:

RM5 / RM10 / RM50 / RM100
Terima kasih atas sokongan anda.
Ia benar-benar memberi makna dan semangat untuk saya terus menulis.
Related Post;

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED