+905015915190  
 nasaruddin.nawi@gmail.com

Dari Macedon ke Anatolia: Kisah Alexander the Great

Sebelum ketibaanya di Anatolia, Alexander the Great telah pun membuktikan keupayaannya di medan perang. Dilahirkan pada tahun 356 SM, beliau dibesarkan oleh bapanya, Philip II dari Macedon, raja yang mengubah Macedon menjadi kuasa paling dominan dalam dunia Yunani.

Di bawah bimbingan Aristotle, beliau dibentuk bukan sahaja sebagai seorang pahlawan, tetapi juga sebagai pemikir yang melihat dunia melangkaui sempadan. Pada usia 18 tahun, beliau memimpin pasukan berkudanya dalam Battle of Chaeronea (Perang Athens-Macedon) dan memainkan peranan penting dalam menewaskan kota-kota Yunani. Sejak awal lagi, beliau bukan sekadar putera yang menunggu takhta, tetapi seorang panglima yang telah teruji.

Apabila Philip II dibunuh pada tahun 336 SM, Alexander menaiki takhta pada usia 20 tahun. Pemerintahannya bermula dalam keadaan yang bergolak apabila beberapa kota Yunani bangkit memberontak, menguji kemampuan raja muda ini untuk mengekalkan apa yang telah dibina oleh ayahnya.

Alexander bertindak pantas dan tegas, menumpaskan pemberontakan dan mengembalikan kawalan ke atas Yunani. Pemusnahan Thebes (bandar di utara Athens) pada tahun 335 SM menjadi titik penting yang menghantar mesej jelas bahawa penentangan tidak akan diterima.

Di seberang Laut Aegean, Empayar Parsi Achaemenid kekal sebagai sebuah kuasa besar yang telah membentuk Anatolia selama hampir dua abad sejak zaman Cyrus the Great.

Bagi Alexander, Parsi menjadi saingan dan juga peluang untuk membuktikan kekuatannya, sebuah empayar yang sekian lama membentuk rantau ini dan kini menunggu waktu untuk dicabar.

Kempennya digambarkan sebagai kesinambungan daripada ketegangan lama antara Yunani dan Parsi, yang berakar daripada Perang Yunani-Parsi. Namun visinya melangkaui dendam. Alexander membayangkan sebuah dunia di mana budaya Yunani tersebar ke seluruh Asia.

Menjelang tahun 334 SM, Alexander berdiri di seberang Selat Dardanelles (Hellespont), bukan lagi seorang pemerintah muda yang belum diuji, tetapi seorang raja yang telah mengukuhkan tanah airnya dan membuktikan keupayaannya dalam peperangan.

Sokong Aku di Anatolia dari serendah RM5.00

Setiap sumbangan anda membantu saya menampung kos perjalanan, lawatan ke tapak sejarah, tiket masuk muzium, serta masa yang diluangkan untuk membaca, meneliti, dan menulis setiap artikel dengan lebih mendalam dan bertanggungjawab.

Penulisan ini bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi usaha untuk memahami tempat, berjalan di lokasinya, dan menyampaikan sejarahnya dengan jujur dari Anatolia. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong saya dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah:

RM5 / RM10 / RM50 / RM100
Terima kasih atas sokongan anda.
Ia benar-benar memberi makna dan semangat untuk saya terus menulis.
Related Post;

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED