+905015915190  
 nasaruddin.nawi@gmail.com

Rundingan Theodor Herzl dengan Empayar Uthmaniyah Mengenai Palestin

Theodor Herzl dilahirkan pada tahun 1860 di Budapest, dalam Empayar Austro-Hungary, sebelum membina kerjayanya di Vienna sebagai wartawan. Pada awalnya, beliau percaya masyarakat Yahudi boleh berasimilasi dalam masyarakat di Eropah. 

Namun, peningkatan antisemitisme, khususnya semasa konflik Dreyfus Affair (kes di Perancis di mana seorang pegawai tentera Yahudi dituduh menjadi pengintip kepada Jerman), mengubah cara pemikirannya. 

Beliau mula berpendapat bahawa orang Yahudi memerlukan tanah air sendiri, bukan atas dasar agama, tetapi sebagai keperluan politik. Dari situ, Herzl muncul sebagai tokoh utama Zionisme moden.

Pada tahun 1897, Herzl menghimpunkan delegasi di Basel dan menubuhkan Zionist Organization. Beliau mempromosikan penghijrahan Yahudi ke Palestine, yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Uthmaniyah.

Herzl tahu bahawa Empayar Uthmaniyah sedang menghadapi tekanan kewangan, dibebani hutang dan bergantung kepada kuasa Eropah. Beliau tidak memilih jalan konfrontasi, sebaliknya menggunakan pendekatan ekonomi. 

Dengan itu, Herzl berusaha mendapatkan pertemuan dengan Sultan Abdulhamid II bagi mendapatkan kebenaran rasmi. Beliau akhirnya mengadap Sultan di Yıldız Palace pada tahun 1898. 

Namun, Sultan menolak cadangan tersebut. Mengikut catatan Herzl sendiri, baginda menegaskan bahawa “tanah itu bukan miliknya untuk dijual, tetapi milik orang Islam yang telah mempertahankannya dengan darah mereka”. 

Baginda menolak untuk menyerahkan walau sekecil mana pun wilayah empayar. Jawapan itu tegas dan menunjukkan had sebenar usaha Herzl.

Namun Herzl tidak mengalah. Beliau memperkenalkan cadangan yang dikenali sebagai ‘charter’, di mana orang Yahudi boleh menetap di Palestin di bawah kawalan Uthmaniyah sambil menyumbang kepada empayar. Ini termasuk bayaran tahunan yang boleh membantu meringankan beban kewangan kerajaan. 

Pada tahun 1901, Herzl melihat sedikit perkembangan apabila pihak Uthmaniyah menunjukkan minat terhadap rundingan kewangan berkaitan hutang awam (public debt). Walaupun Sultan Abdulhamid II tidak pernah memberikan kebenaran untuk penubuhan tanah air Yahudi, terdapat perbincangan mengenai bantuan kewangan Yahudi kepada empayar. 

Ini menunjukkan sedikit keterbukaan, namun masih belum mencapai sebarang persetujuan politik mengenai Palestin. Herzl melihatnya sebagai satu langkah ke hadapan, walaupun matlamat utamanya masih belum tercapai.

Herzl tidak sempat melihat bagaimana usaha ini berkembang. Beliau meninggal dunia pada tahun 1904 akibat sakit jantung, selepas bertahun-tahun terlibat dalam perjuangan politik. Namun, usahanya dengan Empayar Uthmaniyah telah membuka satu bab baharu dalam sejarah.

Sokong Aku di Anatolia dari serendah RM5.00

Setiap sumbangan anda membantu saya menampung kos perjalanan, lawatan ke tapak sejarah, tiket masuk muzium, serta masa yang diluangkan untuk membaca, meneliti, dan menulis setiap artikel dengan lebih mendalam dan bertanggungjawab.

Penulisan ini bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi usaha untuk memahami tempat, berjalan di lokasinya, dan menyampaikan sejarahnya dengan jujur dari Anatolia. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong saya dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah:

RM5 / RM10 / RM50 / RM100
Terima kasih atas sokongan anda.
Ia benar-benar memberi makna dan semangat untuk saya terus menulis.
Related Post;

Gelombang Ahli Akademik Yahudi ke Türkiye

Pada tahun 1933, Albert Einstein menulis sepucuk surat kepada kerajaan Türkiye, merayu agar ahli akademik Yahudi yang diusir dari Jerman diberi perlindungan. Ketika itu, rejim Adolf Hitler sedang membersihkan universiti…
Read more

Gelombang Ahli Akademik Yahudi ke Türkiye

Pada tahun 1933, Albert Einstein menulis sepucuk surat kepada kerajaan Türkiye, merayu agar ahli akademik Yahudi yang diusir dari Jerman diberi perlindungan. Ketika itu, rejim Adolf Hitler sedang membersihkan universiti…
Read more

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED