+905015915190  
 nasaruddin.nawi@gmail.com
Home > Turkiye Moden > Seni & Budaya

Cahaya Ramadan yang Menghiasi Jalan-Jalan di Istanbul

Selain mahya yang indah tergantung di antara dua menara masjid, Ramadan di Turkiye juga disinari dengan cara yang lebih dekat. Di Fatih, pihak perbandaran setiap tahun menghiasi laluan utama dengan lampu hiasan, mengubah jalan biasa menjadi aliran cahaya yang indah.

Setiap malam saya akan berjalan di Fevzipaşa Caddesi menuju ke Fatih Camii untuk menunaikan solat tarawih. Suasana masih sunyi dan tenang selepas iftar. Kedai-kedai separuh terbuka, bunyi gelas teh berlaga di atas dulang besi, dan keluarga berjalan dalam kelompok kecil, semuanya bergerak ke arah yang sama.

Di atas kepala saya, rentetan lampu merentang dari satu sisi jalan ke sisi yang lain. Bentuk bulan sabit dan bintang bersinar dengan warna keemasan, tergantung di antara tiang lampu menandakan keistimewaan bulan ini. 

Usaha pihak perbandaran Fatih ini bukan sekadar untuk mencantikkan kawasan. Ia menghidupkan rasa kebersamaan. Daerah yang kaya dengan sejarah ini menyambut Ramadan dengan penuh tadisi. Dari laluan utama hingga ke dataran kecil, pencahayaan ini mewujudkan kesinambungan antara kawasan kejiranan dengan laluan ke masjid.

Tradisi menerangi ruang awam ketika Ramadan sebenarnya berakar sejak zaman Uthmaniyah. Pada era tersebut, pelita minyak dan lampu gantung dipasang di sekitar masjid, pasar dan jalan utama supaya orang ramai dapat bergerak dengan selamat pada waktu malam untuk tarawih dan sahur. 

Dari situlah lahir budaya mahya dan pencahayaan bermusim yang bukan sekadar untuk keindahan, tetapi sebagai simbol kegembiraan menyambut bulan suci. Cahaya menjadi lambang bahawa kota ini hidup dengan ibadah, dan Ramadan diraikan secara terbuka oleh seluruh masyarakat.

Saya merasakan jalan itu sendiri menjadi sebahagian daripada pengalaman ibadah. Perjalanan menuju tarawih bukan sekadar langkah fizikal. Ia menjadi satu proses persediaan jiwa. Laluan yang bercahaya itu menenangkan hati kita sebelum ibadah bermula.

Sokong Aku di Anatolia dari serendah RM5.00

Setiap sumbangan anda membantu saya menampung kos perjalanan, lawatan ke tapak sejarah, tiket masuk muzium, serta masa yang diluangkan untuk membaca, meneliti, dan menulis setiap artikel dengan lebih mendalam dan bertanggungjawab.

Penulisan ini bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi usaha untuk memahami tempat, berjalan di lokasinya, dan menyampaikan sejarahnya dengan jujur dari Anatolia. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong saya dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah:

RM5 / RM10 / RM50 / RM100
Terima kasih atas sokongan anda.
Ia benar-benar memberi makna dan semangat untuk saya terus menulis.
Related Post;

Karagül: Halfeti dan Legenda Bunga Mawar Hitam

Di tebing Sungai Euphrates di tenggara Türkiye terletaknya bandar kecil Halfeti, sebuah tempat di mana sejarah dan legenda mengalir bersama arus sungai tersebut. Selama berabad-abad, Halfeti menjadi persimpangan antara Mesopotamia…
Read more

Karagül: Halfeti dan Legenda Bunga Mawar Hitam

Di tebing Sungai Euphrates di tenggara Türkiye terletaknya bandar kecil Halfeti, sebuah tempat di mana sejarah dan legenda mengalir bersama arus sungai tersebut. Selama berabad-abad, Halfeti menjadi persimpangan antara Mesopotamia…
Read more

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED