+60198815190  
 akudianatolia@gmail.com
Home > Turkiye Moden > Seni & Budaya

Adana atau Urfa Kebap? Kenali Perbezaan Dua Kebab Popular Türkiye

Apabila melihat menu di restoran kebab di Türkiye, kita mungkin akan menemui dua hidangan yang kelihatan hampir sama, iaitu Adana Kebap dan Urfa Kebap. Kedua-duanya menggunakan daging cincang yang dibentuk memanjang pada besi pencucuk sebelum dibakar di atas arang.

Malah, apabila dihidangkan bersama roti lavaş, tomato panggang, lada hijau dan hirisan bawang, agak sukar untuk membezakan kedua-duanya hanya melalui rupa. Namun, walaupun kelihatan serupa, kedua-dua kebab ini mempunyai perbezaan dari segi resepi dan rasa.

Adana Kebap berasal dari bandar Adana di selatan Türkiye, manakala Urfa Kebap mengambil namanya daripada bandar Şanlıurfa di tenggara negara ini. Secara asasnya, kedua-dua hidangan menggunakan daging kambing atau biri-biri yang dicincang bersama lemak sebelum dibentuk pada besi pencucuk leper. Daging tersebut kemudiannya dibakar sehingga bahagian luarnya sedikit garing sementara bahagian dalamnya kekal lembut dan berjus.

Perbezaan paling ketara antara kedua-duanya terletak pada penggunaan cili. Adana Kebap menggunakan serbuk cili merah atau pul biber yang dicampurkan terus ke dalam daging sebelum dibakar. Inilah yang memberikan warnanya sedikit kemerahan serta rasa pedas.

Sebaliknya, Urfa Kebap mempunyai rasa yang lebih sederhana kerana penyediaan tradisionalnya menggunakan garam sebagai perasa utama tanpa penambahan cili pedas seperti Adana. Sesetengah penyediaan turut menggunakan isot, iaitu sejenis cili gelap yang terkenal dari Şanlıurfa dan mempunyai aroma tersendiri.

Kedua-dua hidangan ini biasanya disajikan bersama roti lavaş, tomato dan lada hijau yang dipanggang, salad bawang serta sayur-sayuran segar. Ada juga restoran yang menghidangkannya bersama nasi atau bulgur pilavı.

Untuk minuman, saya mencadangkan ayran, iaitu minuman yogurt masin yang cukup popular di Türkiye. Rasanya yang sedikit masam dan menyegarkan sesuai dipadankan dengan daging panggang, khususnya Adana Kebap yang lebih pedas.

Bagi pelancong Malaysia yang gemarkan makanan pedas, saya lebih mencadangkan Adana Kebap kerana rasanya mungkin lebih dekat dengan selera kita. Kita sudah biasa dengan pelbagai hidangan yang menggunakan cili dalam masakan harian, jadi rasa pedas Adana Kebap bukanlah sesuatu yang terlalu asing.

Sebaliknya, bagi mereka yang kurang menggemari makanan pedas dan ingin menikmati rasa asli daging panggang, Urfa Kebap merupakan pilihan yang lebih sesuai.

Sokong Aku di Anatolia dari serendah RM5.00

Setiap sumbangan anda membantu saya menampung kos perjalanan, lawatan ke tapak sejarah, tiket masuk muzium, serta masa yang diluangkan untuk membaca, meneliti, dan menulis setiap artikel dengan lebih mendalam dan bertanggungjawab.

Penulisan ini bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi usaha untuk memahami tempat, berjalan di lokasinya, dan menyampaikan sejarahnya dengan jujur dari Anatolia. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong saya dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah:

RM5 / RM10 / RM50 / RM100
Terima kasih atas sokongan anda.
Ia benar-benar memberi makna dan semangat untuk saya terus menulis.
Related Post;
Lahmacun: Pizza Turki yang Nipis dan Rangup

Lahmacun: Pizza Turki yang Nipis dan Rangup

Kalau anda berjalan-jalan di Istanbul, antara makanan yang mudah ditemui di kedai makan tempatan ialah lahmacun. Hidangan ini kelihatan ringkas, hanya sekeping doh nipis yang dibakar bersama campuran daging cincang…
Read more

Lahmacun: Pizza Turki yang Nipis dan Rangup

Kalau anda berjalan-jalan di Istanbul, antara makanan yang mudah ditemui di kedai makan tempatan ialah lahmacun. Hidangan ini kelihatan ringkas, hanya sekeping doh nipis yang dibakar bersama campuran daging cincang…
Read more

Simit: Roti Bijan Kegemaran Orang Turki

Jika anda berjalan-jalan di sekitar Istanbul, salah satu makanan yang paling mudah ditemui ialah simit, sejenis roti berbentuk gelang yang disaluti bijan. Roti ini dijual di atas troli merah di…
Read more

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED