+905015915190  
 nasaruddin.nawi@gmail.com

Istanbul: Cara Orangnya Bertahan Dengan Tekanan

Dalam artikel sebelum ini, saya bercerita tentang tekanan hidup di Istanbul. Bandar yang dipenuhi jutaan manusa, tidak henti bergerak, sentiasa ada bunyi hon, dan kita rasakan seolah-olah semua orang sedang mengejar duniawi. Tapi tekanan bukan penamat cerita mereka. Yang lebih menarik ialah bagaimana orang Istanbul belajar untuk hidup dengannya. 

Salah satu cara paling mudah ialah rutin kecil mereka. Secawan çay di pagi hari walaupun trafik sudah mula menggila. Simit dimakan sambil berdiri atau berjalan kerana tiada masa untuk duduk. Kopi Turki yang diminum perlahan-lahan di kafe-kafe walaupun dunia di sekeliling sudah mula bising. Rokok sentiasa di tangan. Momen ini mungkin nampak biasa, tapi bagi orang Istanbul, inilah butang pause dalam hidup mereka.

Kemudian dari segi gaya percakapan. Orang Istanbul suka bercakap dengan siapa sahaja, termasuk dengan kucing dan pelancong yang tak faham bahasa Turki. Di kedai kopi, depan kedai runcit, dalam teksi, di tangga apartmen. Topiknya pula tak menentu. Harga barang naik, trafik pagi tadi, atau pasal masalah keluarga. Perbualan ini selalunya bukan untuk cari solusi. Cukup sekadar mengeluh bersama. Bila keluhan dikongsi, beban tersebut akan rasa jadi ringan sedikit.

Ramai orang luar salah faham cara mereka bercakap. Suara kuat, nada tinggi, tangan bergerak ke sana sini. Nampak macam bergaduh, padahal sebenarnya sedang berborak pasal bola. Bagi orang Istanbul, bercakap kuat itu terapi percuma. Lepaskan semua yang terpendam, luahkan dengan penuh emosi, kemudian sambung ketawa macam tiada apa berlaku. Simpan perasaan lama-lama hanya akan buat kepala lebih pening.

Bila terlalu sesak dengan manusia dan bunyi, mereka cari laut. Pesisir Bosphorus jadi tempat melarikan diri yang paling mudah. Duduk di bangku tengok feri lalu di Eminönü, burung berterbangan mengikut feri ke Üsküdar, air bergerak perlahan di Haliç. Pemandangan laut ini seperti mengingatkan mereka bahawa hidup lebih besar daripada kerja yang tak habis-habis.

Mereka juga cari ruang-ruang hijau untuk bernafas. Di tengah bandar yang padat, taman-taman awam menjadi tempat bernafas. Gezi Park di Taksim, padang rumput di Fener, dan banyak taman kecil lain sentiasa dipenuhi keluarga, pasangan bercinta, dan budak-budak sekolah berbual. Ada yang bentang tikar, kongsi makanan, minum çay dari termos, dan berbual berjam-jam tanpa agenda.

Orang Turki ada satu ungkapan lama:

“Olacakla öleceğe çare yoktur.” 

Apa yang akan berlaku tetap akan berlaku, dan kematian juga tidak boleh dielakkan. 

Bagi mereka, menerima hakikat ini bukan tanda berputus asa, tetapi cara untuk terus hidup tanpa membebankan diri dengan perkara yang di luar kawalan mereka.

Sokong Aku di Anatolia dari serendah RM5.00

Setiap sumbangan anda membantu saya menampung kos perjalanan, lawatan ke tapak sejarah, tiket masuk muzium, serta masa yang diluangkan untuk membaca, meneliti, dan menulis setiap artikel dengan lebih mendalam dan bertanggungjawab.

Penulisan ini bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi usaha untuk memahami tempat, berjalan di lokasinya, dan menyampaikan sejarahnya dengan jujur dari Anatolia. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong saya dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah:

RM5 / RM10 / RM50 / RM100
Terima kasih atas sokongan anda.
Ia benar-benar memberi makna dan semangat untuk saya terus menulis.
Related Post;

Imaret: Dapur Kebajikan dan Jiwa Ramadan

Rasa lapar ketika berpuasa di bulan Ramadan menajamkan rasa empati kita. Ia mengingatkan kita bahawa rezeki, maruah, dan sifat saling membantu ialah tanggungjawab bersama.  Di Türkiye, kesedaran ini berkembang menjadi…
Read more

Imaret: Dapur Kebajikan dan Jiwa Ramadan

Rasa lapar ketika berpuasa di bulan Ramadan menajamkan rasa empati kita. Ia mengingatkan kita bahawa rezeki, maruah, dan sifat saling membantu ialah tanggungjawab bersama.  Di Türkiye, kesedaran ini berkembang menjadi…
Read more

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED