+905015915190  
 nasaruddin.nawi@gmail.com

Musim Sejuk di Turkiye: Catatan Pengalaman Peribadi

Menjelang peralihan musim, saya sendiri sudah mula bersedia lebih awal kerana masuk musim sejuk di Istanbul bukan sekadar soal pakai baju tebal. Badan perlu dibiasakan dengan cuaca yang lebih dingin dan hati pun kena kuat bila langit bertukar kelabu hampir setiap hari. Perubahan ini memang terasa, jadi saya belajar untuk bersedia secara fizikal dan mental.

Antara perkara pertama yang saya periksa ialah pemanas rumah dan air panas. Saya pastikan semuanya berfungsi sebelum suhu turun sebab bila angin sejuk mula masuk, memang tak ada kompromi. 

Untuk pakaian pula, saya pastikan pakaian thermal, stokin tebal, topi dan inner semua cukup supaya saya tak terpaksa berlari ke Decathlon pada saat akhir. Cuaca sejuk di Istanbul boleh jadi best, tapi bila angin kuat dari Bosphorus mula bertiup, duduk luar lama lama memang buat jari beku. Jadi saya jarang berada di luar terlalu lama pada hari hari tertentu.

Satu lagi perkara penting ialah kasut. Musim sejuk di Istanbul boleh datang dengan hujan atau salji, jadi kasut kalis air sangat penting. Kalau tapaknya licin, memang bahaya sebab banyak laluan yang basah dan sejuk. Selalunya saya sedia lebih daripada sepasang kasut, untuk cuaca yang berbeza. Selain itu, kita akan berjalan banyak di Istanbul, jadi kasut yang selesa sangat membantu mengelakkan sakit kaki bila bergerak sepanjang hari.

Salji memang turun di Istanbul tetapi tidak sepanjang musim. Ada hari salji turun sedikit dan ada masa ia turun agak lebat sampai jalan tertutup. Jika mahu lihat Istanbul bertukar putih, Januari atau Februari selalunya waktu yang lebih berpotensi tetapi cuaca di sini sukar dijangka. Jadi lebih baik semak ramalan sebelum membuat perancangan.

Musim sejuk juga masa untuk lihat sisi lain Turkiye. Bila ada masa, saya suka rancang ke Uludag atau Bolu. Tempatnya cantik, suasananya meriah dan ada salji sebenar untuk yang ingin belajar ski atau sekadar menikmati pemandangan sambil minum teh panas. Walaupun suhu boleh turun sehingga -15°C, suasana tetap hirup pikuk dengan pengunjung yang bermain ski.

Kalau saya mahu lari sekejap dari kesejukan Istanbul, saya akan ke kawasan Mediterranean seperti Izmir atau Antalya. Suhunya lebih hangat, dan matahari pun lebih kerap muncul. Perjalanan pendek saja tapi sudah cukup untuk hilangkan perasaan murung melihat langit kelabu di Istanbul.

Tidak kira bulan apa sekalipun, perjalanan ke Istanbul sentiasa satu pilihan yang baik. Cuacanya dari Disember hingga Februari jarang terlalu ekstrem jadi ia tidak banyak mengganggu pengalaman anda di sini kecuali jika anda sangat sensitif kepada kesejukan yang mungkin menjadikan musim lain lebih sesuai.

Related Post;

Secawan Kopi di Bukit Pierre Loti

Bas yang saya naiki  berhenti berhampiran stesen kereta kabel Eyüp Sultan. Ramai orang turun di hentian yang sama, ada pelancong, ada juga warga tempatan yang jelas sentiasa ke sini. Saya…
Read more

Secawan Kopi di Bukit Pierre Loti

Bas yang saya naiki  berhenti berhampiran stesen kereta kabel Eyüp Sultan. Ramai orang turun di hentian yang sama, ada pelancong, ada juga warga tempatan yang jelas sentiasa ke sini. Saya…
Read more

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED