+60198815190  
 akudianatolia@gmail.com
Home > Turkiye Moden > Seni & Budaya

Budaya Teh Turki: Lebih Dari Sekadar Minuman

Kalau anda pernah ke Türkiye, anda pasti perasan satu perkara, di mana-mana pun ada orang minum teh. Di tepi jalan, di atas feri, dalam kedai gunting rambut, malah di pejabat kerajaan. Teh, atau çay dalam bahasa Turki, bukan sekadar minuman, ia adalah cara hidup.

Orang Turki memulakan hari dengan teh, menutup hari pun dengan teh. Ia disajikan dalam gelas kecil berbentuk tulip, cukup panas untuk hangatkan badan sekejap di musim sejuk. Setiap hirupan disulami dengan perbualan, kadang-kadang tentang politik, bola, atau tentang cuaca hari itu.

Teh di Turki bukan untuk hilangkan dahaga. Ia untuk berhubung. Orang Turki percaya, berkongsi secawan teh boleh membuka pintu persahabatan. Di bazaar, peniaga akan hulurkan segelas teh percuma kepada pelanggan sebagai tanda mesra. Di kampung, jiran menjemput minum teh di beranda sambil berbual santai tentang kehidupan.

Ramai tidak tahu bahawa budaya teh di Turki sebenarnya agak baharu berbanding sejarah empayar Uthmaniyyah yang panjang. Pada zaman Uthmaniyyah, minuman utama golongan bangsawan ialah kopi, yang datang dari Yaman dan menjadi simbol kemewahan. 

Teh hanya diperkenalkan sekitar abad ke-19, apabila pedagang membawa benih teh dari Asia Timur. Namun, usaha menanam teh di kawasan Anatolia Tengah gagal kerana cuaca kering. Hanya selepas Empayar Uthmaniyyah runtuh, pada tahun 1920-an, kerajaan Turki moden berjaya menanam teh di kawasan lembap di Rize, dan dari situlah bermulanya cinta sejati orang Turki terhadap çay.

Industri teh di Turki pula sangat besar. Negara ini antara pengeluar dan pengguna teh terbesar di dunia. Hampir semua teh yang diminum di sini datang dari kawasan pantai Laut Hitam, khususnya di bandar Rize. Ladang-ladang teh menghijau di lereng bukit, dan ribuan keluarga bergantung hidup dengan menanam, memetik, dan memproses daun teh.

Menariknya, walaupun Turki menghasilkan berjuta-juta kilogram teh setiap tahun, sebahagian besar dinikmati oleh rakyatnya sendiri.

Proses menyediakannya juga istimewa. Teh Turki dibuat menggunakan çaydanlık, teko dua tingkat – bahagian bawah berisi air panas, bahagian atas berisi daun teh. Teknik ini memberi teh yang pekat di atas, dan air panas di bawah untuk mencairkannya mengikut citarasa.

Cara ini juga mempengaruhi warna teh. Semakin banyak campuran dari teko atas, warnanya menjadi lebih gelap kemerahan (koyu çay), manakala jika dicampur lebih banyak air panas dari bawah, warnanya berubah menjadi lebih cerah (açık çay).

Kalau anda berkunjung ke Istanbul, jangan lupa bawa pulang sedikit rasa Turki dalam bentuk teh. Antara jenama popular yang mudah ditemui di pasar raya ialah Çaykur, Doğuş, dan Ofçay. Ssemuanya berasal dari ladang teh di kawasan Laut Hitam. Jenama paling terkenal, Çaykur Rize Turist Çayı, sering dijadikan pilihan pelancong kerana rasanya seimbang dan bungkusannya nampak klasik.

Sokong Aku di Anatolia dari serendah RM5.00

Setiap sumbangan anda membantu saya menampung kos perjalanan, lawatan ke tapak sejarah, tiket masuk muzium, serta masa yang diluangkan untuk membaca, meneliti, dan menulis setiap artikel dengan lebih mendalam dan bertanggungjawab.

Penulisan ini bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi usaha untuk memahami tempat, berjalan di lokasinya, dan menyampaikan sejarahnya dengan jujur dari Anatolia. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong saya dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah:

RM5 / RM10 / RM50 / RM100
Terima kasih atas sokongan anda.
Ia benar-benar memberi makna dan semangat untuk saya terus menulis.
Related Post;
Lahmacun: Pizza Turki yang Nipis dan Rangup

Lahmacun: Pizza Turki yang Nipis dan Rangup

Kalau anda berjalan-jalan di Istanbul, antara makanan yang mudah ditemui di kedai makan tempatan ialah lahmacun. Hidangan ini kelihatan ringkas, hanya sekeping doh nipis yang dibakar bersama campuran daging cincang…
Read more

Lahmacun: Pizza Turki yang Nipis dan Rangup

Kalau anda berjalan-jalan di Istanbul, antara makanan yang mudah ditemui di kedai makan tempatan ialah lahmacun. Hidangan ini kelihatan ringkas, hanya sekeping doh nipis yang dibakar bersama campuran daging cincang…
Read more

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED