
Ramai pelancong excited cari penginapan yang cantik dan dekat dengan tourist spot di Istanbul – tapi hati-hati, sebab banyak juga kes scam penginapan yang berlaku. Ada juga yang bukan scam, tapi ramai yang tak tahu dan jenis ‘redah sahaja’ atau ‘terlalu bajet’ yang akhirnya menyusahkan diri sendiri semasa bercuti.
Taktik Pertama: Listing Palsu
“Cantik tapi murah’. Scam yang paling banyak adalah yang melibatkan listing palsu di platform seperti Airbnb atau Bookingdotcom. Scammer upload gambar-gambar rumah yang lawa dan kemas, dan tawarkan harga yang terlalu rendah atau bawah market rate. Tapi bila sampai.. lain cerita.
Antara yang selalu jadi:
1. Alamat palsu – Sampai-sampai, bangunan tu tak wujud atau pintu tak boleh buka sebab ‘host’ hilang entah ke mana.
2. Tempat tak sama langsung dengan gambar – kadang masuk rumah lama, cat tanggal, bilik sempit atau tak ada aircond.
3. Minta bayar luar platform – scammer selalu cakap “Kalau bayar direct, boleh dapat diskaun sebab tak kena caj platform.” Bila dah bayar – hilang terus, kena block.
Jadi pastikan kita book property dan buat direct payment melalui platform tersebut, jangan deal direct dengan owner/host. Kalau ada isu kita boleh complaint atau minta refund daripada Airbnb/Booking.com.
Tambahan lagi, jangan percaya dengan harga yang ‘too good to be true‘ ni. Kalau rasa harga terlalu murah untuk lokasi popular, besar kemungkinan ada yang tak kena.
Taktik Kedua: Hotel ‘Overbooked’ atau Kena Pindah Hotel
Kes ni biasanya terjadi kepada tourist yang booking hotel di kawasan tumpuan terutamanya Sultanahmet. Biasanya mereka akan bagitahu:
“Sorry, your room has been overbooked. But don’t worry, we’ve arranged another hotel for you – same quality, nearby!”
Bunyi macam baik kan? Tapi sebenarnya bilik anda masih ada, cuma dia dah bagi kepada orang lain yang bayar lebih mahal. Jadi kita “dipindahkan” ke hotel lain yang jauh lebih murah – tapi harga yang kita bayar tetap sama.
Kadang-kadang hotel tu terletak jauh sikit dari yang asal dan tak ada kemudahan yang dijanjikan (tiada lif, bilik kecil, dan tiada breakfast).
Jadi pastikan sebelum tiba, ‘double check‘ dengan hotel sebelum tiba ke Istanbul untuk sahkan tempahan (WhatsApp/Email). Jika sampai dan mereka cakap hotel penuh, jangan terus ikut pindah. Hubungi pihak Booking/Airbnb/Agoda, pastikan semua pengesahan dibuat secara rasmi di platform tersebut.
TL;DR – Elakkan tempat yang menawarkan harga yang tak masuk akal. Jangan deal luar dari platform Booking/Airbnb.