+905015915190  
 nasaruddin.nawi@gmail.com

Tünel Karaköy–Beyoğlu: Menghubungkan Dua Dunia

Terowong bersejarah Tünel di Karaköy merupakan funikular bawah tanah pertama di dunia, dan juga sistem pengangkutan awam bawah tanah kedua di dunia, selepas London.

Pembinaan terowong ini bermula melalui inisiatif seorang jurutera Perancis Eugène-Henri Gavand. Beliau yang asalnya datang ke Istanbul sebagai pelancong menyedari kesukaran untuk bergerak antara Galata dan Pera. Beliau sedar wujud cabaran fizikal dan ekonomi akibat cerun yang curam.

Lalu beliau mencadangkan sebuah sistem kereta api yang dapat menghubungkan kedua-dua kawasan tersebut. Pada waktu itu, Galata merupakan pusat kewangan, manakala Pera menjadi pusat sosial dan diplomatik. Visinya adalah untuk menghubungkan dua dunia ini melalui projek infrastruktur.

Pada 10 Jun 1869,  Sultan Abdulaziz memberikan kebenaran kepada Gavand untuk membina sistem ini. Projek ini dilaksanakan melalui model ‘built-operate-transfer’ dengan tempoh operasi selama 42 tahun. Sistem ini dibuka kepada orang ramai pada Januari 1875. Sejak awal, ia menarik perhatian sebagai simbol pemodenan di ibu kota Uthmaniyah.

Dalam tempoh yang sama, kota seperti Vienna, Budapest, dan Lyon juga mempunyai sistem kereta api yang serupa. Namun semuanya beroperasi di atas darat. Tünel membezakan dirinya dengan beroperasi sepenuhnya di bawah tanah, menjadikannya unik pada zamannya.

Bagi orang tempatan yang setiap hari bergerak antara Karaköy dan Beyoğlu, terowong ini mengubah hidup mereka. Sebelum pembinaannya, perjalanan memerlukan tenaga yang besar, terutamanya bagi pekerja dan pedagang yang terpaksa mendaki cerun curam tersebut.

Selepas beroperasi, Tünel mengubah laluan sukar ini menjadi perjalanan yang singkat dan mudah. Pendakian yang memenatkan digantikan dengan perjalanan sekitar 90 saat sahaja. Perubahan ini memberi kesan segera kepada kehidupan harian. Ia meningkatkan produktiviti rakyat dan akses dalam kota.

Tünel juga menghapuskan cabaran bermusim yang dihadapi pejalan kaki. Risiko tergelincir pada musim sejuk dan keletihan pada musim panas tidak lagi menjadi masalah.

Kesannya, ia dengan cepat menjadi elemen penting dalam kehidupan masyarakat Istanbul. Dari masa ke masa, peranannya berubah daripada sekadar kemudahan kepada satu keperluan. Tünel menjadi sebahagian daripada ritma kota ini. Sehingga hari ini, ia kekal sebagai salah satu sistem pengangkutan paling bersejarah di Istanbul.

Sokong Aku di Anatolia dari serendah RM5.00

Setiap sumbangan anda membantu saya menampung kos perjalanan, lawatan ke tapak sejarah, tiket masuk muzium, serta masa yang diluangkan untuk membaca, meneliti, dan menulis setiap artikel dengan lebih mendalam dan bertanggungjawab.

Penulisan ini bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi usaha untuk memahami tempat, berjalan di lokasinya, dan menyampaikan sejarahnya dengan jujur dari Anatolia. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong saya dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah:

RM5 / RM10 / RM50 / RM100
Terima kasih atas sokongan anda.
Ia benar-benar memberi makna dan semangat untuk saya terus menulis.
Related Post;

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED