+905015915190  
 nasaruddin.nawi@gmail.com

Permit Tinggal di Türkiye Tidak Lagi Semudah Dahulu

Fasa selepas pandemik menyaksikan Türkiye menjadi salah satu destinasi yang semakin popular dalam kalangan pelancong antarabangsa. Ramai datang untuk bercuti selama beberapa hari, namun akhirnya jatuh cinta dengan negara itu.

Ada yang terpikat dengan pemandangan Bosphorus di Istanbul, ada yang menikmati suasana pantai di Antalya, dan ada juga yang mula membayangkan kehidupan yang lebih tenang di bandar-bandar kecil Türkiye.

Makanan yang sedap, budaya yang unik, cuaca yang cerah hampir sepanjang tahun, serta gabungan suasana Eropah dan Asia membuatkan ramai mula memasang impian untuk menetap di sana secara jangka panjang.

Saya sudah menetap di Istanbul sejak 2019, dulu ramai pelancong datang ke Türkiye dan kemudian memohon ‘residence permit’ atau ikamet selepas tiba di sana.

Prosesnya dilihat agak mudah dan menjadi pilihan popular untuk mereka yang mahu tinggal lebih lama sambil bekerja secara dalam talian, membuka perniagaan kecil, belajar bahasa Turki, atau sekadar menikmati gaya hidup di negara tersebut.

Sebelum tahun 2024, ramai pemohon boleh mendapatkan ikamet sehingga dua tahun. Kemudian tempoh itu mula dikurangkan kepada satu tahun. Selepas itu, ramai hanya menerima enam bulan sahaja. Kini, dalam banyak kes, permohonan baharu terus ditolak tanpa sebarang penjelasan.

Perkara yang paling banyak dibincangkan sekarang ialah bagaimana permohonan kali pertama semakin sukar untuk diluluskan. Berdasarkan pengalaman ramai orang yang saya baca dan dengar sendiri, pembaharuan permit (renewal) masih mempunyai peluang lebih tinggi untuk diterima, terutama jika seseorang itu sudah lama tinggal di alamat yang sama dan mempunyai rekod yang bersih.

Tetapi bagi pemohon baru, situasinya jauh lebih ketat. Ada yang menyediakan semua dokumen lengkap, kontrak rumah sah, insurans kesihatan, dan bukti kewangan, namun tetap menerima penolakan.

Saya sendiri perasan ramai warga asing kini lebih berhati-hati sebelum berpindah ke Türkiye. Dulu, ramai datang dengan keyakinan bahawa mereka boleh mendapatkan ikamet selepas tiba. Sekarang, ramai mula membuat kajian lebih mendalam sebelum berpindah, termasuk memahami syarat semasa dan perubahan polisi yang berlaku dari semasa ke semasa.

Related Post;

Secawan Kopi di Bukit Pierre Loti

Bas yang saya naiki  berhenti berhampiran stesen kereta kabel Eyüp Sultan. Ramai orang turun di hentian yang sama, ada pelancong, ada juga warga tempatan yang jelas sentiasa ke sini. Saya…
Read more

Secawan Kopi di Bukit Pierre Loti

Bas yang saya naiki  berhenti berhampiran stesen kereta kabel Eyüp Sultan. Ramai orang turun di hentian yang sama, ada pelancong, ada juga warga tempatan yang jelas sentiasa ke sini. Saya…
Read more

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED