+905015915190  
 nasaruddin.nawi@gmail.com

Dari Istanbul ke Israel: Komuniti Yahudi Turkiye Selepas 1948

Selepas penubuhan Israel pada tahun 1948, penghijrahan orang Yahudi dari Turkiye menjadi gerakan penghijrahan kedua terbesar negara itu selepas pertukaran penduduk antara Greek dan Turki pada awal 1920-an.

Namun begitu, terdapat satu perbezaan utama. Jika perpindahan komuniti Greek berlaku melalui perjanjian dan paksaan politik (Perjanjian Lausanne), penghijrahan Yahudi ke Israel berlaku secara sukarela. Ramai dalam kalangan mereka melihat peluang untuk memulakan kehidupan baru, membina masa depan di tanah yang dianggap sebagai tanah ‘yang dijanjikan’ (Promised Land).

Gelombang penghijrahan ini sebenarnya telah bermula lebih awal, khususnya selepas Tragedi Thrace pada tahun 1934. Insiden ini, bersama dengan peningkatan kes anti-Semitisme di Eropah serta penerbitan makalah bersifat anti-Yahudi di Turkiye menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan mereka. Keadaan ini mendorong sebahagian daripada mereka untuk mempertimbangkan penghijrahan keluar sebagai pilihan jangka panjang.

Komuniti Yahudi dari Turkiye hanyalah sebahagian kecil daripada populasi Yahudi dunia, yang majoritinya berasal dari Eropah dan kemudian menetap di negara seperti Amerika Syarikat dan Israel. Namun, peranan mereka tetap signifikan dalam membentuk identiti awal masyarakat Yahudi di Israel, terutamanya dalam kalangan komuniti Sephardic yang datang dari wilayah empayar Uthmaniyyah.

Seiring dengan pereradaran zaman, jumlah komuniti Yahudi di Turkiye terus menurun. Daripada sekitar 81,000 orang pada tahun 1927, angka ini merosot kepada sekitar 20,000 hingga 25,000 menjelang awal abad ke-21.

Penghijrahan menjadi faktor utama di sebalik penurunan ini, dan sehingga hari ini, Turkiye masih boleh dianggap sebagai negara yang terus ‘menghantar’ komuniti Yahudi ke luar negara. Walaupun jumlahnya semakin kecil, komuniti Yahudi di Turkiye masih wujud dan mengekalkan identiti mereka. Mereka menjadi sebahagian daripada sejarah panjang negara ini, mencerminkan bagaimana perubahan geopolitik boleh membentuk perjalanan sesebuah komuniti merentasi generasi.

Sokong Aku di Anatolia dari serendah RM5.00

Setiap sumbangan anda membantu saya menampung kos perjalanan, lawatan ke tapak sejarah, tiket masuk muzium, serta masa yang diluangkan untuk membaca, meneliti, dan menulis setiap artikel dengan lebih mendalam dan bertanggungjawab.

Penulisan ini bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi usaha untuk memahami tempat, berjalan di lokasinya, dan menyampaikan sejarahnya dengan jujur dari Anatolia. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong saya dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah:

RM5 / RM10 / RM50 / RM100
Terima kasih atas sokongan anda.
Ia benar-benar memberi makna dan semangat untuk saya terus menulis.
Related Post;

Gelombang Ahli Akademik Yahudi ke Türkiye

Pada tahun 1933, Albert Einstein menulis sepucuk surat kepada kerajaan Türkiye, merayu agar ahli akademik Yahudi yang diusir dari Jerman diberi perlindungan. Ketika itu, rejim Adolf Hitler sedang membersihkan universiti…
Read more

Gelombang Ahli Akademik Yahudi ke Türkiye

Pada tahun 1933, Albert Einstein menulis sepucuk surat kepada kerajaan Türkiye, merayu agar ahli akademik Yahudi yang diusir dari Jerman diberi perlindungan. Ketika itu, rejim Adolf Hitler sedang membersihkan universiti…
Read more

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED