+60198815190  
 akudianatolia@gmail.com

Protest di Istanbul: Laluan ke Taksim Boleh Ditutup Tanpa Amaran

Setiap tahun terdapat beberapa perhimpunan atau protest di Istanbul, terutamanya di sekitar Dataran Taksim. Bagi mengawal keadaan dan menjaga keselamatan awam, pihak berkuasa kadangkala menutup beberapa laluan pengangkutan awam serta jalan utama di kawasan tersebut.

Penutupan ini biasanya diumumkan hanya beberapa hari sebelum acara berlangsung. Oleh itu, pelancong yang menginap di Airbnb atau hotel-hotel berhampiran Taksim perlu sentiasa menyemak pengumuman terkini.

Laluan yang sering terjejas ialah Stesen Metro Taksim di Laluan M2 Yenikapı-Hacıosman serta Laluan F1 Taksim-Kabataş Funiküler. Walaupun tren di Laluan M2 masih beroperasi seperti biasa, ia tidak akan berhenti di Stesen Taksim sepanjang tempoh penutupan. Penumpang perlu turun di stesen lain seperti Şişhane atau Osmanbey sebelum meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan alternatif.

Selain pengangkutan awam, kawasan sekitar Dataran Taksim juga sering dipasang penghadang polis. Jalan İstiklal dari Taksim Square sehingga ke arah Şişhane boleh ditutup kepada orang awam, manakala beberapa jalan utama turut dikawal oleh pihak keselamatan.

Dalam sesetengah keadaan, pelancong mungkin perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri dan bukti tempahan hotel di Taksim untuk melalui jalan-jalan di sekitar istiklal. Kadang-kadang mereka tidak berikan kebenaran dan terpaksa membuat pusingan yang jauh untuk memasuki kawasan tersebut.

Antara acara yang sering menyebabkan kawalan keselamatan diperketat ialah sambutan Hari Buruh pada 1 Mei, apabila Taksim menjadi lokasi yang sensitif bagi perhimpunan pekerja.

Selain itu, Istanbul Pride Week yang lazimnya berlangsung pada minggu terakhir bulan Jun juga sering menyaksikan sekatan di sekitar Taksim. Pada tahun 2026, Pride Week berlangsung dari 22 hingga 28 Jun.

Pihak berkuasa turut pernah menutup kawasan Taksim sempena ulang tahun Protes Gezi Park sekitar penghujung Mei, serta beberapa perhimpunan atau demonstrasi berskala besar yang diumumkan dari semasa ke semasa. Penutupan ini bergantung kepada arahan pihak berkuasa dan tidak semestinya berlaku setiap tahun.

Jika anda bercadang melawat Istanbul pada tarikh-tarikh tersebut, saya cadangkan supaya menangguhkan lawatan ke Taksim dan Jalan İstiklal. Sebaliknya, luangkan masa melawat kawasan lain seperti Sultanahmet, Balat, Kadıköy, Ortaköy atau menaiki feri di Selat Bosphorus.

Related Post;
Petang yang Mendamaikan di Üsküdar

Petang yang Mendamaikan di Üsküdar

Perjalanan saya ke Üsküdar biasanya bermula di Eminönü. Naik sahaja feri menuju ke Üsküdar, carilah tempat duduk di bahagian luar. Ketika feri mula meninggalkan dermaga, angin Bosphorus mula menerpa lembut…
Read more

Petang yang Mendamaikan di Üsküdar

Perjalanan saya ke Üsküdar biasanya bermula di Eminönü. Naik sahaja feri menuju ke Üsküdar, carilah tempat duduk di bahagian luar. Ketika feri mula meninggalkan dermaga, angin Bosphorus mula menerpa lembut…
Read more

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED