+60198815190  
 akudianatolia@gmail.com

Berendam di Kolam Air Panas Seperti Maharaja Byzantine di Bursa

Apabila Empayar Rom berpecah kepada Empayar Rom Barat dan Empayar Rom Timur pada tahun 395 Masihi, Bursa menjadi sebahagian daripada wilayah Byzantine yang berpusat di Constantinople, iaitu Istanbul hari ini.

Walaupun tidak segah ibu kota empayar itu, Bursa terus berkembang sebagai sebuah bandar penting di barat laut Anatolia, terutama kerana kedudukannya yang strategik di kaki Gunung Uludağ dan berhampiran Laut Marmara.

Sejak zaman Rom lagi, Bursa terkenal dengan mata air panas semula jadinya. Maharaja, bangsawan dan penduduk tempatan datang ke sini untuk berehat dan mendapatkan rawatan. Tradisi ini diteruskan oleh kerajaan Byzantine, malah kawasan Çekirge yang terkenal dengan ‘thermal springs’ (kaplıca) sehingga hari ini sebenarnya telah digunakan sejak hampir dua ribu tahun dahulu.

Air mineral semula jadi di sini dipercayai membantu melegakan sakit sendi, melancarkan peredaran darah serta memulihkan badan selepas perjalanan yang jauh. Tradisi ini diteruskan oleh pemerintah Byzantine, menjadikan Bursa antara destinasi kesihatan paling terkenal di Anatolia selama berabad-abad.

Apabila musim sejuk tiba dan salji mula menyelimuti Gunung Uludağ, Bursa menjadi lebih istimewa. Bayangkan selepas menikmati udara sejuk yang menggigit, para pengunjung akan kembali ke kolam air panas semula jadi yang suhunya mencecah sekitar 40 hingga 45 darjah Celsius.

Gabungan cuaca dingin dan air panas ini memberikan pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Tidak hairanlah budaya menikmati mandian terma pada musim sejuk telah diwarisi sejak zaman Rom dan Byzantine sehingga ke hari ini.

Jika anda berkunjung ke Bursa, anda masih boleh menikmati pengalaman mandi air panas di kawasan yang sama seperti masyarakat Rom dan Byzantine suatu ketika dahulu. Bagi mereka yang ingin merasai tersebut, saya cadangkan Mövenpick Hotel & Thermal Spa Bursa atau Marigold Thermal & Spa Hotel.

Dengan kemudahan spa, kolam terma, hammam dan bilik yang selesa, ia menawarkan gabungan sejarah, kesihatan dan kemewahan dalam satu pengalaman. Jika anda ingin merasai sendiri mengapa Bursa menjadi destinasi pilihan maharaja suatu ketika dahulu, inilah antara tempat terbaik untuk menginap.

Sokong Aku di Anatolia dari serendah RM5.00

Setiap sumbangan anda membantu saya menampung kos perjalanan, lawatan ke tapak sejarah, tiket masuk muzium, serta masa yang diluangkan untuk membaca, meneliti, dan menulis setiap artikel dengan lebih mendalam dan bertanggungjawab.

Penulisan ini bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi usaha untuk memahami tempat, berjalan di lokasinya, dan menyampaikan sejarahnya dengan jujur dari Anatolia. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong saya dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah:

RM5 / RM10 / RM50 / RM100
Terima kasih atas sokongan anda.
Ia benar-benar memberi makna dan semangat untuk saya terus menulis.
Related Post;

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED