+905015915190  
 nasaruddin.nawi@gmail.com

Laluan Metro Terpanjang di Türkiye Kini Dibuka Sepenuhnya

Bagi mereka yang pernah melancong ke Istanbul, anda mungkin pernah menggunakan laluan Metro M11 dari Lapangan Terbang Istanbul (IST) ke Gayrettepe, atau sebaliknya jika ingin pulang ke tanahair. Laluan inilah yang mula dibuka kepada orang ramai pada Januari 2023 dan menjadi pilihan ramai kerana jauh lebih pantas berbanding perjalanan melalui jalan raya yang sering sesak dan jauh lebih mahal.

Pada 19 Jun lepas, laluan ini akhirnya disiapkan sepenuhnya dengan pembukaan seksyen dari Arnavutköy ke Halkalı. Kini perjalanan tren tersebut dari Gayrettepe tidak lagi berakhir di Lapangan Terbang Istanbul (IST), sebaliknya diteruskan sehingga ke Halkalı.

Jika anda menginap di Sirkeci, anda boleh berhenti di Halkalı untuk menukar laluan ke Marmaray Line, dan teruskan perjalanan ke Stesen Marmaray Sirkeci.

Keseluruhan laluan metro sepanjang 69 kilometer tersebut diiktiraf sebagai laluan metro terpanjang dan paling laju di Türkiye. Sempena pembukaannya, semua perjalanan di laluan M11 adalah percuma sehingga 31 Julai.

Untuk memberikan gambaran kepada pembaca di Malaysia, bayangkan anda menaiki LRT3 dari Johan Setia ke Bandar Utama (37.8 KM). Laluan Metro M11 di Istanbul ini hampir dua kali ganda lebih panjang. Jika laluan itu diteruskan dari Bandar Utama, ia bukan sahaja melepasi Gombak, malah akan berterusan sehingga menghampiri kawasan Genting Sempah. Itulah skala sebenar laluan metro sepanjang 69 kilometer ini.

Walaupun laluannya lebih panjang, Metro M11 dibina sepenuhnya di bawah tanah dan direka untuk beroperasi pada kelajuan sehingga 120 km/j, berbanding LRT3 Shah Alam yang beroperasi pada kelajuan maksimum sekitar 80 km/j. Gabungan laluan yang panjang dan kelajuan tinggi ini membolehkan penumpang bergerak merentasi bandar Istanbul dalam tempoh yang jauh lebih singkat.

Skala projek ini juga dapat dilihat melalui jumlah tren yang digunakan. Metro M11 beroperasi menggunakan 25 set tren, bersamaan 100 buah gerabak. Sebagai perbandingan, LRT3 Shah Alam menggunakan 22 set tren tiga gerabak, atau keseluruhannya 66 buah gerabak. Ini bermakna M11 bukan sahaja mempunyai laluan yang hampir dua kali lebih panjang, malah menggunakan armada yang kira-kira 50% lebih besar.

Sudah tentu, perbandingan ini bukan untuk menentukan sistem mana yang lebih baik. Lembah Klang mempunyai sekitar 9 juta penduduk, manakala kawasan metropolitan Istanbul menampung lebih 20 juta penduduk. Dengan jumlah penduduk yang lebih dua kali ganda, keperluan pengangkutan awam di Istanbul juga berada pada skala yang jauh berbeza.

Sebab itulah projek seperti Metro M11 dibina dengan laluan yang lebih panjang, kelajuan yang lebih tinggi dan kapasiti yang lebih besar bagi memenuhi permintaan harian penduduk serta jutaan pelancong yang berkunjung ke Istanbul setiap tahun.

Sokong Aku di Anatolia dari serendah RM5.00

Setiap sumbangan anda membantu saya menampung kos perjalanan, lawatan ke tapak sejarah, tiket masuk muzium, serta masa yang diluangkan untuk membaca, meneliti, dan menulis setiap artikel dengan lebih mendalam dan bertanggungjawab.

Penulisan ini bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi usaha untuk memahami tempat, berjalan di lokasinya, dan menyampaikan sejarahnya dengan jujur dari Anatolia. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong saya dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah:

RM5 / RM10 / RM50 / RM100
Terima kasih atas sokongan anda.
Ia benar-benar memberi makna dan semangat untuk saya terus menulis.
Related Post;
Kadar Sewa Rumah di Istanbul Mengikut Kawasan

Kadar Sewa Rumah di Istanbul Mengikut Kawasan

Berapa sebenarnya kadar sewa rumah di Istanbul? Jawapannya bergantung kepada lokasi, saiz rumah, usia bangunan dan fasiliti yang ditawarkan. Secara umumnya, semakin hampir sesebuah kediaman dengan pusat bandar atau stesen…
Read more

Kadar Sewa Rumah di Istanbul Mengikut Kawasan

Berapa sebenarnya kadar sewa rumah di Istanbul? Jawapannya bergantung kepada lokasi, saiz rumah, usia bangunan dan fasiliti yang ditawarkan. Secara umumnya, semakin hampir sesebuah kediaman dengan pusat bandar atau stesen…
Read more

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED