+905015915190  
 nasaruddin.nawi@gmail.com

Bandar Purba Sardis: Menjejak Tamadun Lydia di Pedalaman Anatolia

Untuk perjalanan ke Sardis dari Istanbul, laluan paling munasabah ialah menaiki penerbangan atau kereta api ke Izmir, kemudian sambung perjalanan darat ke Manisa. Dari pusat bandar Manisa, saya memandu lagi selama satu jam ke Bandar Purba Sardis. 

Hari ini, Sardis kelihatan sunyi. Namun ribuan tahun dahulu, inilah pusat kekayaan dan kuasa yang menguasai Anatolia barat sebelum kebangkitan empayar-empayar besar lain. Melangkah masuk ke tapak purba ini, perkara pertama saya rasakan ialah saiz kota ini yang menakjubkan. Gimnasium yang besar, kompleks mandi, serta tinggalan bangunan awam menunjukkan bahawa Sardis bukan kota kecil, tetapi sebuah metropolis dunia kuno.

Tamadun Lydia muncul sekitar abad ke 7 SM dan mencapai kemuncaknya di bawah pemerintahan raja-raja seperti Gyges dan Croesus. Lydia dikenang bukan kerana penaklukan ketenteraan yang agresif, tetapi kerana kestabilan ekonomi dan inovasi.

Mereka merupakan tamadun pertama yang menggunakan mata wang logam secara meluas, diperbuat daripada campuran emas dan perak. Dari sinilah konsep nilai ekonomi standard mula tersebar ke dunia Yunani dan seterusnya ke seluruh Mediterranean.

Sungai Pactolus yang mengalir berhampiran Sardis sering dikaitkan dengan emas semula jadi, dan walaupun unsur mitos tidak dapat dielakkan, kekayaan Lydia bukanlah legenda semata-mata. Hubungan perdagangan yang luas menjadikan Sardis titik pertemuan antara dunia Yunani di pesisir Ionia dan pedalaman Anatolia.

Dari sudut pandang peribadi, melawat Sardis terasa berbeza berbanding tapak-tapak Yunani di pesisir. Ia tidak menghadap laut, juga tidak dibina untuk pelayar, tetapi untuk pentadbir, pedagang dan penguasa darat. Inilah wajah Anatolia yang jarang diceritakan, sebuah kuasa tempatan yang membentuk rantau ini sebelum kehadiran empayar global.

Berjalan di antara runtuhan Sardis hari ini memberi gambaran jelas bahawa Tamadun Lydia tidak runtuh secara tiba-tiba tetapi dibayangi oleh perubahan geopolitik yang lebih besar. Dalam artikel selepas ini, kita akan beralih dari batu dan tinggalan fizikal kepada detik-detik genting yang membawa kepada kejatuhan Lydia dan kemunculan Cyrus the Great.

Related Post;

Dunia Para Dewa Yunani di Ephesus

Apabila bercerita tentang Ephesus, kebanyakan orang akan terus mengaitkannya dengan Artemis. Namun hakikatnya, kota ini tidak hanya bergantung kepada seorang dewi sahaja.  Sebagai sebuah kota Yunani yang penting di Anatolia,…
Read more

Dunia Para Dewa Yunani di Ephesus

Apabila bercerita tentang Ephesus, kebanyakan orang akan terus mengaitkannya dengan Artemis. Namun hakikatnya, kota ini tidak hanya bergantung kepada seorang dewi sahaja.  Sebagai sebuah kota Yunani yang penting di Anatolia,…
Read more

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED