+905015915190  
 nasaruddin.nawi@gmail.com

Legenda di Sebalik Maiden’s Tower: Kisah Misteri Istanbul yang Hidup di Waktu Malam

Jika ada masa lapang, ke mana destinasi pilihan anda pada waktu malam di Istanbul?

Bagi saya, tiada tempat yang lebih indah daripada Kız Kulesi, atau dikenali sebagai Maiden’s Tower. Siang hari ia kelihatan sunyi, tapi bila malam tiba, menara ini berubah menjadi simbol cahaya dan legenda, berdiri megah di antara dua benua.

Cara terbaik untuk melihatnya adalah dengan menaiki feri dari Eminönü dan berhenti di Üsküdar. Perjalanan singkat itu sendiri sudah terasa magis. Sampai di Üsküdar, saya akan berjalan perlahan di sepanjang jeti. Dari situ kita boleh melihat Kız Kulesi dari kejauhan, kecil tapi sangat cantik bermandikan cahaya.

Selama berabad-abad, Kız Kulesi telah memainkan pelbagai peranan. Pernah dijadikan menara kawalan oleh empayar Byzantium, kemudian berfungsi sebagai rumah api pada zaman Uthmaniyyah untuk memandu kapal yang melintasi Bosphorus.

Ada masa ia dijadikan tempat kuarantin ketika wabak melanda, dan juga pos pertahanan semasa perang. Setiap zaman meninggalkan jejaknya sendiri, menjadikan bangunan kecil ini saksi kepada perubahan kota selama lebih dari seribu tahun.

Namun Kız Kulesi bukan sekadar tempat bersejarah, ia juga menyimpan satu legenda lama. Berabad lalu, pada zaman empayar Byzantium, dikatakan seorang maharaja yang dalam versi rakyat kemudian digambarkan sebagai sultan, mempunyai seorang puteri yang sangat dikasihi.

Suatu malam, seorang peramal datang ke istana dan menyampaikan ramalan yang menakutkan: puterinya akan mati dipatuk ular sebelum genap usianya lapan belas tahun.

Ketakutan dan kasih yang mendalam membuatkan sang maharaja membina sebuah menara di tengah Bosphorus, jauh dari daratan dan bahaya. Di situlah puterinya dibesarkan, dalam kesunyian, ditemani cahaya bulan dan burung camar. Kadang-kadang, ayahandanya menghantar hadiah dari istana. Buah-buahan segar, kain sutera, dan bunga harum, untuk mengubat rindunya.

Namun takdir tetap punya jalan. Pada suatu hari, sebuah bakul berisi buah anggur dihantar ke menara tersebut. Tanpa disedari, seekor ular kecil tersembunyi di dalamnya. Ketika sang puteri mencapai buah itu, ular mematuk tangannya.

Dan apabila ayahandanya tiba dengan kapal untuk melawat, semuanya sudah terlambat. Dikatakan senja pada hari itu begitu merah, seolah-olah Bosphorus turut berkabung atas kehilangannya.

Sejak hari itu, menara itu dinamakan Kız Kulesi, atau Maiden’s Tower – nama yang membawa kisah cinta, kehilangan, dan keabadian.

Dalam keheningan malam, Maiden’s Tower bukan sekadar monumen. Ia adalah puisi yang hidup. Tentang kasih sayang, takdir, dan kebangkitan. Untuk benar-benar menghargai keindahannya, datanglah bila kota sudah tenang, bila bintang mula muncul di langit, dan bila cahaya malam menyingkap apa yang siang sembunyikan.

Sokong Aku di Anatolia dari serendah RM5.00

Setiap sumbangan anda membantu saya menampung kos perjalanan, lawatan ke tapak sejarah, tiket masuk muzium, serta masa yang diluangkan untuk membaca, meneliti, dan menulis setiap artikel dengan lebih mendalam dan bertanggungjawab.

Penulisan ini bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi usaha untuk memahami tempat, berjalan di lokasinya, dan menyampaikan sejarahnya dengan jujur dari Anatolia. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong saya dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah:

RM5 / RM10 / RM50 / RM100
Terima kasih atas sokongan anda.
Ia benar-benar memberi makna dan semangat untuk saya terus menulis.
Related Post;

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED