+905015915190  
 nasaruddin.nawi@gmail.com

Agatha Christie, Pera Palace Hotel & Jejak Misteri di Istanbul

Setiap kali saya naik metro dari rumah dan turun di Şişhane, saya akan berjalan perlahan menuju kawasan Pera, kawasan yang setiap kunjungan terasa seperti membuka halaman baharu sebuah cerita lama.

Dan pada hari itu, ketika melangkah di antara bangunan bersejarah dan lorong-lorong kecil Beyoğlu, saya tiba-tiba teringat seorang wanita yang pernah menemukan ilhamnya di sini, iaitu Agatha Christie.

Ramai kenal beliau sebagai ‘Queen of Crime’, tetapi tidak semua tahu bahawa salah satu hotel paling bersejarah di Turkiye pernah menjadi tempat beliau menulis, Pera Palace Hotel. Dibina pada tahun 1892, hotel ini pernah menjadi pusat dunia glamor dan intelektual.

Antara nama besar yang pernah menginap di sini termasuk Ian Fleming, Greta Garbo, Mata Hari, Ernest Hemingway, Alfred Hitchcock, Jacqueline Kennedy Onassis, Raja Edward VIII, Shah Iran, Leon Trotsky, dan Atatürk, pengasas Turki moden.

Dan sudah tentu, Agatha Christie sendiri, penulis yang dikatakan telah menyiapkan ‘Murder on the Orient Express‘ ketika tinggal di Room 411. Hari ini, Pera Palace masih beroperasi sebagai hotel mewah, dengan harga penginapan yang bermula sekitar RM1,000 satu malam. Mahal, tetapi bagi pencinta sejarah atau peminat novel misteri ia adalah pengalaman yang sukar dicari di tempat lain.

Bila saya berjalan menuju ke kawasan itu, saya boleh bayangkan Agatha Christie duduk di meja kayu dengan mesin taipnya, sambil kota Istanbul bergema perlahan di luar tingkap.

Beyoğlu hari ini mungkin penuh dengan kafe hipster, galeri seni dan bunyi muzik dari setiap arah, tetapi jika anda perhatikan bangunan lamanya dan cahaya lampu jalannya yang kekuningan, anda akan faham kenapa penulis-penulis besar pernah mencari inspirasi di sini.

Kadang-kadang, ketika saya berjalan seorang diri di Pera, saya rasa seolah-olah saya juga sedang menyusuri dunia novel, langkah demi langkah, seperti detektif mencari petunjuk dalam cerita yang belum selesai. Kalau anda peminat sejarah, misteri atau sekadar mahu rasa ‘old Istanbul vibe’, Pera memang tempat yang wajib singgah.

Sokong Aku di Anatolia dari serendah RM5.00

Setiap sumbangan anda membantu saya menampung kos perjalanan, lawatan ke tapak sejarah, tiket masuk muzium, serta masa yang diluangkan untuk membaca, meneliti, dan menulis setiap artikel dengan lebih mendalam dan bertanggungjawab.

Penulisan ini bukan sekadar berkongsi cerita, tetapi usaha untuk memahami tempat, berjalan di lokasinya, dan menyampaikan sejarahnya dengan jujur dari Anatolia. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong saya dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah:

RM5 / RM10 / RM50 / RM100
Terima kasih atas sokongan anda.
Ia benar-benar memberi makna dan semangat untuk saya terus menulis.
Related Post;

Sinagog Ashkenazi di Galata

Berbeza dengan Sinagog Neve Shalom  yang dibina pada abad ke-20, Sinagog Ashkenazi yang juga terletak di Galata dibina lebih awal, ketika komuniti Yahudi Ashkenazi mula bertapak di Istanbul. Sinagog ini…
Read more

Sinagog Ashkenazi di Galata

Berbeza dengan Sinagog Neve Shalom  yang dibina pada abad ke-20, Sinagog Ashkenazi yang juga terletak di Galata dibina lebih awal, ketika komuniti Yahudi Ashkenazi mula bertapak di Istanbul. Sinagog ini…
Read more

Sumbangan

Top 5 Artikel
COPYRIGHT © 2026 AKU DI ANATOLIA
ALL RIGHTS RESERVED